Tips Susu Melimpah Ruah, Ibu Ini Dedahkan Rahsia Penyusuan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun Tanpa Perlu Top up Susu Formula
by Siti
Perkongsian kali ini adalah daripada puan Hazrina Nasir penulis blog Mamawidad.com
Alhamdulillah 🙂 Sedar tak sedar sekarang saya dah ‘graduate’ dengan cemerlang penyusuan susu ibu sehingga umur anak dah 2 tahun. Kalau difikirkan balik, banyak tips yang diamalkan secara konsisten untuk menjayakan breastfeeding ni tanpa perlu top up susu formula.
Syukur sangat saya dapat lengkapkan penyusuan anak secara exclusive semasa 6 bulan pertama selepas kelahiran. Kemudiannya memperkenalkan solid food dan meneruskan breastfeeding sehingga umur anak 2 tahun demi memastikan anak saya mendapat khasiat daripada susu terbaik.
Terus terang saya cakap sebenarnya bukan lah mudah. Tapi tak lah susah sangat kalau kita tau macam mana caranya kan. Jadi kepada ibu-ibu yang berazam nak susukan bayi dengan susu ibu sampai umur 2 tahun, saya nak kongsikan 10 tips penting yang anda perlu ambil tahu kalau nak berjaya lengkapkan penyusuan macam saya, insyaAllah!
Ingat lagi masa mula-mula menyusukan anak dulu selalu terfikir…
‘Wah baru 6 bulan. Lagi setahun setengah nak habis ni’
Lepas tu terfikir plak…
‘Yes dah setahun!’
Lepas tu rasa macam baru je semalam terfikir-fikir…
‘Eh 3 bulan je la lagi’
Sekarang…
‘Eh… besar dah budak ni?!’
Sebelum kali pertama mengandung lagi saya dah mula belajar pasal breastfeeding. Sejak tu memang saya azam nak susukan anak sampai umur 2 tahun. Tapi hajat tak kesampaian sebab anak pertama meninggal dalam perut di minggu 38 kehamilan/ 9 bulan setengah (stillborn). Jadi lepas bersalin doktor terus bagi ubat untuk stop penghasilan susu. Sedih sangat masa tu tengok susu mengalir tapi takde baby nak bagi minum.
Alhamdulillah saya dapat manfaatkan ilmu dan teruskan niat breastfeeding lepas kelahiran anak ke 2. Syahdu betul waktu tu maklumlah sebab sebelum tu dah merasa kehilangan. Anak ke 2 ni lelaki. Saiz kecil je tapi pattern menyusu dia fuhhh sungguh demanding! Dia menyusu setiap 2 jam selama 6 bulan! Lepas 6 bulan baru lah jarak menyusu tu lama sikit. So selama 6 bulan tu memang saya jarang dapat tidur nyenyak huwa huwa huwa
Anak ke 3 saya ni perempuan. Just like my 1st breastfeeding journey, this 2nd experience has been wonderful. Pattern menyusu dia sangat lah berbeza dengan Abangnya. Malam-malam dia jarang minta susu dan selalunya tidur straight sampai pagi. Saya pula susah hati kenapa dia tak nak menyusu? Tak lapar ke? Ok ke? Jadi dengan si Adik ni memang saya dapat rehat banyak sebab dia menyusu in bulk gitew hihi 😀
Anak ketiga saya berumur nak masuk 2 tahun 6 bulan yang sedang mengalami proses weaning-off. Belum betul-betul berjaya lagi bercerai susu dengan beliau. Mencabar juga nak stop breastfeeding ni. Serba tak kena mood jadinya. Kalau tak dapat, resah gelisah lah dia. Especially waktu nak tidur malam jenuh berperang. Waktu ni peranan husband sangat membantu untuk mudahkan proses berhenti menyusu.
Sekarang ni it’s a mixture of feelings bila nak hentikan penyusuan (wean-off breastfeeding). Pahit, manis, masin, masam, kelat macam-macam perasaan ada. Lepas ni tak tau lah ada lagi tak rezeki nak merasa susukan anak lagi. Perlahan-lahan ini lah titik pertama sebagai Mama saya perlu mula belajar ‘melepaskan’. Cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah besar dah baby saya ni :’)
Pada pendapat saya breastfeeding ni sangat lah mudah, jimat, cepat, selamat dan terbaik! Tak susah pun. Tapi kalau tak kuat semangat memang awal-awal lagi dah surrender! Support system yang mantap sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan. Jadi kalau anda berazam nak lengkapkan penyusuan anak hingga 2 tahun, saya cadangkan bersiap-sedia secukupnya mental dan fizikal.
Saya dan suami memang merancang. Jadi bila dah bersedia nak ada anak sebelum mengandung lagi saya dah study berkenaan kehamilan. Dalam proses study tu saya terjumpa berkenaan breastfeeding. Sejak daripada situ lah saya jadi teruja dan semangat nak susukan anak. Pernah seketika saya jadi fanatik hihi 😀 Tapi sekarang dah matang, rasanya bersederhana tu lebih baik.
Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi saya pun mula lah tambah ilmu breastfeeding. Saya baca artikel-artikel di internet, refer blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan juga join forum penyusuan susu ibu SusuIbu.Com dan juga babycenter.com. Saya juga beli buku Mayo Clinic Guide To A Healthy Pregnancy sebagai buku rujukan. Bila ada ilmu saya rasa lebih faham dan yakin. Contoh kalau ibu bekerja tu mesti nak kena tau macam mana nak urus stok susu perahan EBM dah sebagainya kan.
Saya bagitau suami dan keluarga. Diorang tak berapa tau pun pasal susu ibu ni. Tapi diorang menyokong niat saya dan serahkan kepada saya untuk buat pilihan terbaik. Dalam masa sama saya kongsi juga sikit-sikit ilmu breastfeeding dengan diorang. Tujuannya supaya bila ada masalah timbul, diorang tahu macam mana nak bantu saya. Sekurang-kurangnya bila kita dah ada ilmu dan mental yang kuat, lebih senang nak kuatkan hati, pekak kan telinga, tepis segala kata-kata orang dan cabaran negatif yang langsung tak membantu.
Antara barang penting yang perlu ada kalau nak menyusu baby ialah breastfeeding-pump set, breast pads, nursing pillow, nursing bra dan macam-macam lagi. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa. Barulah seronok dan feeling je kan nak menyusukan anak. Masa mula-mula dulu saya excited sangat sampaikan segala mak nenek saya beli. Sudahnya banyak tak guna. Dah lah mahal. Membazir! Jadi beli apa yang penting saja dulu. Lepas baby lahir boleh tambah mana-mana yang perlu.
Masa mengandung sampai lah anak saya umur 2 tahun saya sentiasa doa semoga Allah permudahkan saya untuk susukan anak, cukupkan dan banyakkan susu untuk anak supaya anak dapat membesar dengan baik dan macam-macam lagi lah saya doa. Tapi antara amalan penting yang saya amalkan secara istiqomah untuk ikhtiar banyakkan susu ialah:
Zikir Ya Matin – Ambil segelas air. Mulakan dengan Bismillah (3x/10x/100x) dan selawat. Baca zikir Ya Matin 70x. Akhiri dengan selawat dan Bismillah (3x/10x/100x). Minum air dengan niat nak menyusukan anak.
Surah Al-Hujurat – Ikhtiar memperbanyakkan susu dan agar anak bersifat berhati-hati.
***Tips eksklusif masa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah. Ini untuk pastikan aura-aura positif saja yang sampai kepada anak dan membantu membentuk peribadi anak yang baik, insyaAllah. Tak mudah nak-nak pula kalau tengah letih dan anak baru lepas menyepah hihihi 😛 Tapi jangan tak cuba ya 🙂
Ibu menyusu perlu sangat jaga kesihatan fizikal. Sebabnya kalau badan penat, nak menyusukan bayi tu sendiri akan rasa sangat mencabar! Apatah lagi kalau sakit. Jadi nak dapatkan kesihatan yang baik saya jaga pemakanan, rehat secukupnya, selalu happy dan positif. Mula-mula anak lahir rasa susah juga nak rehat. Tapi bila dah biasa dengan rutin baru, ok lah. Tips untuk dapat rehat yang cukup ialah bila anak tidur, ibu pun tidur sekali.
Saya amalkan makan secara sihat dan seimbang. Saya pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Saya kurangkan dan elakkan makan makanan proses dan tak berkhasiat. Setiap hari saya minum lebih kurang 3 liter air dan saya amalkan makan makanan yang menggalakkan penghasilan susu macam buah kurma.
Masa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke baby melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting sebagai ibu menyusu saya kena pastikan badan saya dapat nutrien lengkap yang penting supaya badan saya boleh hasilkan susu dengan baik, kesihatan saya terjaga sebab nutrien penting yang diperlukan badan saya dapat diganti balik dan baby pun boleh dapat nutrien penting untuk membesar dengan baik. Yang penting sekali saya pun rasa lebih bertenaga.
Tertekan ni biasa lah kan. Ada banyak punca tertekan. Tambah-tambah bila baru saja bersalin tu susah nak dapat rehat berkualiti. Tapi apa yang penting kena pandai manage tekanan. Jangan terlalu ikut kan hati. Kadang-kadang penghasilan susu merudum. Saya risau juga. Tapi selalunya saya tak suka nak fikir sangat. Saya buat relax je.
Saya kerapkan direct feeding dengan baby dan dalam masa sama cuba ikhtiar dengan makan makanan yang galactogogue (makanan yang menggalakkan penghasilan susu badan). Untuk ibu bekerja mungkin kena tau cara buat power pumping supaya stok EBM tak susut.
Saya perasan ramai ibu menyusu yang suka fikir ‘risau susu tak ada’. Personally saya jarang fikir macam tu. Bagi saya apa yang penting kita fokus dengan objektif kita dan usaha buat yang terbaik. Tak lupa juga berdoa supaya Allah bantu dan makbulkan. Selebihnya kita serah bulat-bulat kepada Allah. Yang penting kita dah buat kerja/ bahagian kita.
Ini lah tips yang menjadi faktor-faktor penting dalam menyumbang motivasi dan membantu saya menjayakan penyusuan lengkap 2 tahun. Pokok pangkalnya mental kena kuat. Tapi kalau badan letih, emosi pun terganggu, fikiran pun dah tak fokus, semangat apatah lagi dah hilang entah ke mana. Jadi sangat penting untuk pastikan badan sihat.
Akhir kata, all the best untuk ibu-ibu yang baru nak tanam azam, yang baru nak mula dan juga yang sedang berjuang. Apa pun pilihan yang ibu buat, semestinya anda tau apa yang terbaik untuk anak anda. Setiap anak dah ditetapkan rezeki mereka masing-masing termasuklah zat susu ibu. Tahniah sebab sentiasa berusaha untuk buat dan beri yang terbaik.
Setiap ibu nak beri yang terbaik selagi mampu. Tapi hanya Allah juga lah yang tahu apa yang terbaik untuk diberikan kepada setiap hambaNya. Saya bersyukur Alhamdulillah diberikan rezeki dan peluang ini. Ibu-ibu jangan mudah putus asa ya! Sentiasa berdoa Allah akan bantu anda capai matlamat. Selalu lah bersangka baik.
Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat dan boleh membantu kenalan anda yang hamil, baru bersalin, ataupun sedang mengalami masalah penyusuan, anda boleh tekan button share di bawah. Semoga ianya memberi kebaikan.
Kredit: Artikel Asal Blog Mamawidad.