JBH2TsVjTX0cvgHzuQHpvcCayA1mvhG9Cgb0xBU6Fs93x3woxtGov3DhFtCqGXUpw3ThCcV2uQP3Kg94JMCqCXUaGNSaGNScJdrhCATjvAq9CgH1whDfvhLXv2rpwcCaTgfmvW1sxQrfJMDov256TRDpCd48wAZ0uWVeJMDHGNOaH0arSs0oHcUqFNYaFdKnGMUrws40CXYaGMUruXY0GW43HXKqGterGXKqHdw4GXG0Ss42CXUaGM0oHWUrFNZtFM40FNYnGM0rye0rHMUsMXZdFM42CXUnGMUoHW0rCXZtFdKaGMUrCXZiGNLdFdSaGWUrFM40CXYnGRGnFdKnGM0rFNZ6NNY1CXYsMXZdFM42CXUnGMUoHW0rCXZtFdKaGMUrCXZiGNLdFdSaGWUrFM40CXYnGRGnFdKnGM0rFNZ6Cc8+JW9hJdqpw3ThJai=Tambah Susu Badan dengan Pantas | 7 Pantang Larang Ibu Menyusu

7 Pantang Larang Ibu Menyusu Yang Perlu Diambil Perhatian! Awasi Kesan Buruk Terhadap Bayi!

by Siti

Ibu Menyusu, Mengandung, Berpantang pun ada Pantang Larang ke?


YA! Jawapan kami YA, dan rata-rata daripada survey kami kepada ibu menyusu di sekitar lembah klang mendapati ramai ibu yang tidak tahu Pantang Larang ini. Kami risau jika semakin ramai tidak tahu, akan membawa kesan buruk terhadap masa depan bayi.


Tolong kongsikan artikel ini kepada ramai ibu diluar sana!


Untuk itu, kami sangat sarankan IBU yang menyusukan anak wajib sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Ini kerana pemakanan si ibu dipercayai akan mempengaruhi kualiti dan kuantiti penghasilan susu ibu. Bayi akan mendapat khasiat yang penting untuk tumbesaran tubuhnya jika ibunya sentiasa prihatin terhadap keperluan anaknya.


Untuk pengetahuan ibu-ibu juga, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu ibu-ibu berikan perhatian kerana mungkin sesetengah makanan ini tidak sesuai diambil oleh ibu menyusu. Pengambilan makanan-makanan ini boleh menyebabkan kesan yang tidak baik kepada bayi. TOLONG AWASI SETIAP SATU.

Alkohol

Alkohol sememangnya merbahaya kepada kesihatan setiap individu apatah lagi kepada seorang bayi. Kesan alkohol kepada bayi termasuklah gangguan pada pola tidur bayi, penyusutan jumlah pengambilan makanan oleh bayi dan peningkatan berat badan yang tidak normal bagi bayi.

Kafein

Kafein terkandung dalam teh, kopi, dan coklat. Kafein boleh menyebabkan bayi sukar untuk tidur dan kerap meragam. Ini akan membantutkan proses tumbesaran bayi.

Gandum

Sesetengah bayi pula alergik dengan makanan yang mengandungi gandum seperti pasta dan sandwich. Jika bayi anda mengalami cirit-birit dan najisnya berdarah serta dia kelihatan tidak selesa dan kerap menangis, bayi anda berkemungkinan mempunyai alahan terhadap gandum.

Makanan Pedas dan Berempah

Makanan yang pedas dan berempah juga boleh menyebabkan perut bayi tidak selesa dan bayi akan kerap meragam. Walaupun makanan pedas dan berempah menyelerakan ibu, tetapi boleh mengakibatkan kegelisahan kepada bayi.

Makanan Laut

Alergik kepada makanan laut seperti sotong, udang dan kerang boleh diwarisi daripada ibu bapa. Walaubagaimanapun, bayi masih boleh mempunyai alahan terhadap makanan laut walaupun kedua-dua ibu dan bapanya tidak alergik terhadap makanan laut. Makanan laut boleh menyebabkan ekzema dan kegatalan pada kulit bayi.

Kekacang

Makanan lain yang juga boleh menyebabkan alahan adalah kekacang. Selain itu, kacang juga boleh menyebabkan kembung pada bayi. Sesetengah bayi juga alah pada makanan yang berasaskan kacang soya. Bayi mungkin mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.

Buah-buahan Sitrus

Kebanyakan buah-buahan sitrus seperti lemon dan oren boleh menyebabkan kerengsaan dan luka pada usus bayi kerana sifat berasidnya yang tinggi. Bayi mungkin mengalami cirit-birit, najis berdarah dan terjadinya ruam lampin akibat pengambilan buah-buahan yang berasid oleh ibu.


Ibu yang menyusu perlu sentiasa peka untuk mengenalpasti apa-apa alahan bayi terhadap makanan yang dimakan oleh ibu. Jika bayi mula menunjukkan simptom-simptom alahan seperti cirit-birit, muntah-muntah, sembelit, kembung perut, gatal-gatal, ruam lampin dan kerap meragam, ibu hendaklah menghentikan mengambil makanan yang disyaki menyebabkan alahan tersebut untuk 2 hingga 3 minggu.


Jika bayi menunjukkan kesan yang positif selepas tempoh itu, ibu perlulah berpantang daripada mengambil makanan itu untuk sepanjang tempoh penyusuan bayi.

Adakah artikel ini membantu puan? Minta 1 minit untuk kongsikan di ruangan komen dibawah.