4 Panduan Ini Penting Dipertimbangkan Sebelum Anda Beli Milkbooster Hari Ini
by Siti
Panduan Beli Milkbooster? Sejak awal 2017 ini, semakin banyak produk Milkbooster muncul terutamanya dalam pasaran online. Ada yang minum, kunyah, kemam, hisap, makan, sampaikan ‘inject’ pun ada. Maka kami tahu anda mungkin sedang pertimbangkan mana-mana pilihan yang terbaik, lagi lagi ianya melibatkan bayi yang sedang menyusu badan.
Betul tak? Jika tidak, kami tidak sarankan untuk anda teruskan pembacaan. Kami tahu masa anda sangat berharga dan oleh sebab itu, panduan yang kami akan kongsikan ini sangat penting buat anda dan juga masa depan bayi anda.
Abaikan apa yang orang lain kata tentang mana-mana produk Milkbooster yang mungkin tidak berkesan, harga mahal, dan ada yang tidak tahu langsung mengenai produk-produk yang sebenarnya secara tidak langsung banyak membantu ibu berpantang yang sedang menyusu dan mahukan yang terbaik buat anak mereka.
Kami kongsikan 4 panduan paling penting yang sangat-sangat diharapkan anda boleh pertimbagkan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mencuba mana-mana milkbooster di pasaran. Jangan beli selagi mana anda belum tahu panduan berikut.
Sebelum membeli produk milkbooster, kami sarankan agar ibu-ibu perlu mengetahui terlebih dahulu ramuan utama yang digunakan dalam produk tersebut. Pilihlah milkbooster yang banyak mengandungi bahan-bahan yang berciri ‘galactalogue’ iaitu yang dapat menggalakkan penghasilan susu ibu seperti kurma, madu dan habatussauda. Pastikan juga ramuan-ramuan lain yang digunakan mempunyai manfaat-manfaat yang baik untuk ibu dan bayi.
Ibu-ibu juga boleh memilih produk-produk yang menawarkan manfaat-manfaat lain yang tidak terhad kepada manfaat tambah susu badan sahaja. Contoh manfaat-manfaat lain adalah seperti mampu mengawal berat badan ibu selepas melahirkan anak, mengembalikan kelangsingan ibu seperti sebelum kehamilan dan membekalkan tenaga kepada ibu selepas bersalin.
Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu pasti mahukan produk yang mempunyai keberkesanan yang cepat. Pilih Milkbooster yang menawarkan hasil atau kesan positif yang dapat dilihat atau dirasai dalam tempoh 1-2 minggu berdasarkan testimoni-testimoni pengguna terdahulu. Sekiranya tiada testimoni yang menunjukkan perubahan positif selepas pengunaan 1 unit produk Milkbooster, mungkin produk tersebut tidak berkesan untuk diamalkan.
Ibu-ibu menyusu juga perlu memilih produk Milkbooster yang mudah untuk diamalkan. Terdapat pelbagai jenis produk yang berbeza cara pengambilannya. Pilihlah yang boleh diminum terus tanpa perlu dibancuh. Selain itu, pilihlah Milkbooster yang rasanya tidak pahit supaya ibu-ibu boleh sentiasa mengambil setiap pagi dan petang tanpa keterpaksaan kerana tidak suka dengan rasa tersebut.
Untuk pengetahuan anda, antara produk Milkbooster yang menepati setiap kriteria-kriteria yang kami diberikan adalah Jus Mawar. (produk yang sekarang sedang ‘trending’ dan bakal mencipta suatu fenomena).
Jus Mawar ini dirumus dengan ekstrak halba yang mampu melancarkan pengeluaran susu ibu serta madu dan habatussauda yang terkenal berupaya menambahkan penghasilan susu ibu. Susu ibu yang terhasil selepas mengambil Jus Mawar juga menjadi lebih pekat dan mampu mengenyangkan bayi. Selain itu, Jus Mawar juga mengandungi ekstrak manjakani, daun sirih dan mengkudu yang baik diamalkan oleh ibu untuk menjaga kesihatan dalaman.
Di samping menambahkan kuantiti dan kualiti susu ibu, Jus Mawar juga berfungsi membersihkan dan menyuburkan rahim serta membantu menyembuhkan luka bersalin sama ada secara semulajadi mahupun secara pembedahan (czer).
Jus Mawar juga membantu ibu-ibu untuk kembali langsing selepas bersalin. Sudah pasti ramai yang mendambakan bentuk badan sebelum mengandung kan? Oleh itu, Jus Mawar sangat sesuai untuk diamalkan sepanjang tempoh berpantang.
Boleh percaya ke?
Kebanyakan ibu menyusu yang mengamalkan Jus Mawar merasa kesan yang positif hanya selepas pengambilan 1 botol Jus Mawar sahaja. Lihat testimoni pengguna Jus Mawar sebelum ini.
Ada ibu yang memberikan testimoni bahawa susu badan mereka terus bertambah dalam tempoh seminggu mengamalkan Jus Mawar.
Ada pula yang menghubungi kami dan maklumkan dia minum selama 4 hari sahaja untuk merasai kesan positifnya penambahan susu badan. Keberkesanan produk ini bergantung kepada tahap metabolisma setiap ibu menyusu namun begitu tempoh 2 minggu adalah tempoh maksima untuk keberkesanan produk ini.
Untuk pengetahuan anda, Jus Mawar boleh diminum terus tanpa perlu dibancuh dengan air. Rasanya yang masam-masam manis tidak meloyakan kerana mempunyai gabungan rasa madu, delima dan asam jawa.
Cara pengambilannya ialah 2 kali sehari iaitu 1 sudu sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur. Jus Mawar amat menyenangkan bagi ibu-ibu untuk mengamalkannya.
Oh ya, jangan terlalu cepat percaya apa yang kami kongsikan tentang Jus Mawar kerana selain Jus Mawar, terdapat banyak lagi produk Milkbooster yang menepati kriteria-kriteria yang boleh ibu-ibu pertimbangkan untuk memilih Milkbooster yang terbaik dan sesuai untuk ibu dan bayi.
Semoga artikel bertajuk “4 Panduan Ini Penting Dipertimbangkan Sebelum Anda Beli Milkbooster Hari Ini” dapat membantu ibu-ibu dalam pemilihan produk Milkbooster yang paling sesuai. Adalah sangat-sangat-sangat penting untuk anda memilih Milkbooster yang terbaik dan sesuai untuk memastikan penyusuan susu ibu dapat diteruskan selama 2 tahun. Yang paling penting anak-anak mendapat khasiat yang terbaik untuk tumbesaran mereka. Betul kan?
Sebagai penutup, kami sangat hargai bagi anda yang membaca sehingga habis. Jika anda berminat untuk mencuba JUS MAWAR hari ini, sila komen BERMINAT di ruangan komen dibawah.