JBH2TsVjTX0cvgHzuQHpvcCayA1mvhG9Cgb0xBU6Fs93x3woxtGov3DhFtCqGXUpw3ThCcV2uQP3Kg94JMCqCXUaGNSaGNScJdrhCATjvAq9CgH1whDfvhLXv2rpwcCaTgfmvW1sxQrfJMDov256TRDpCd48wAZ0uWVeJMDHGNOaH0arSs0oHcUqFNYaFdKnGMUrws40CXYaGMUruXY0GW43HXKqGterGXKqHdw4GXG0Ss42CXUaGM0oHWUrFNZtFM40FNYnGM0rye0rHMUsMXZdFM42CXUnGMUoHW0rCXZtFdKaGMUrCXZiGNLdFdSaGWUrFM40CXYnGRGnFdKnGM0rFNZ6NNY1CXYsMXZdFM42CXUnGMUoHW0rCXZtFdKaGMUrCXZiGNLdFdSaGWUrFM40CXYnGRGnFdKnGM0rFNZ6Cc8+JW9hJdqpw3ThJai=Tambah Susu Badan dengan Pantas | 10 Produk Penggalak Susu (MilkBooster)

10 Produk Penggalak Susu (MilkBooster) Yang Popular Di Malaysia. Mana Satu Pilihan Ibu?

by Siti

Mana satu Produk MilkBooster yang Popular dan Berkesan di Malaysia?


Sekarang di pasaran terutamanya di pasaran online, terdapat pelbagai jenis produk milkbooster untuk membantu ibu-ibu mengatasi masalah kekurangan susu ibu.


Kadang-kadang tu kita sendiri menjadi sukar untuk membuat pilihan yang terbaik samada untuk diri kita bagi menambah kuantiti dan kualiti susu badan dan juga untuk si bayi yang mahukan nutrien yang terbaik daripada susu ibu.


Oleh itu, dalam artikel kali ini, kami senaraikan 10 produk milkbooster popular di Malaysia dan bukan ingin kami membuat perbandingan mana bagus atau mana tak tetapi hasrat kami mahu memudahkan buat si ibu membuat pilihan serta mengetahui setiap satu produk.


Buat anda yang belum tahu lagi, kebanyakan produk-produk di pasaran ini dirumus khas dengan makanan-makanan yang mempunyai ciri-ciri ‘galactagouge’ yang membantu menambahkan pengeluaran susu ibu.


Dengan pengambilan produk-produk ini, ibu-ibu menyusu tidak perlu lagi rungsing dengan masalah susu ibu kurang atau cair.


Setiap produk ini mempunyai banyak keistimewaan tersendiri, namun kesemuanya mempunyai fungsi utama yang sama iaitu untuk membantu ibu-ibu mengatasi masalah-masalah ketika proses penyusuan anak.


Mari lihat maklumat-maklumat produk yang popular di kalangan ibu-ibu menyusu di negara ini.

10 Produk MilkBooster Popular di Malaysia

1. Jus Mawar

Jus Mawar adalah jus yang sesuai diambil oleh ibu ketika berpantang. Di samping menambahkan kuantiti dan meningkatkan kepekatan susu ibu, Jus Mawar juga sesuai buat ibu yang ingin kembali langsing dan segar selepas melahirkan anak. Jus Mawar ini dirumus dengan 12 herba terpilih termasuklah manjakani, daun sirih dan mengkudu. Ekstrak halba, madu dan habbatussauda yang terdapat di dalam Jus Mawar penting untuk menambahkan penghasilan dan melancarkan pengeluaran susu ibu.


Jus ini juga mampu membersihkan dan menyuburkan rahim serta menyembuhkan luka bersalin sama ada secara semulajadi mahupun pembedahan. Jus Mawar juga sangat sesuai diambil oleh ibu yang mempunyai anak yang dijangkiti jaundis atau demam kuning kerana ia tidak memudaratkan bayi. Rasa jus ini masam-masam manis kerana mengandungi gabungan rasa delima dan asam jawa.

2. Jus Al-Kurma Ajwa (Ener AL'KURMA)


Jus Al-Kurma ini adalah minuman buah kurma yang berasaskan 100% buah kurma Ajwa yang diimport dari Arab Saudi. Setiap satu botol Jus Al-Kurma Ajwa mengandungi sari jus kurma daripada 7 biji kurma ajwa. Selain daripada menambahkan penghasilan susu ibu, jus ini juga bertindak sebagai ‘energy-booster’ dan ‘brain-booster’ kepada ibu dan bayi. Jus Al-Kurma ini bagus diamalkan sejak hamil sebagai persediaan untuk penyusuan bayi. Jus ini mempunyai rasa kurma yang semulajadi tanpa gula tambahan dan pewarna tiruan.

3. Dianz Vitamilk


Dianz VitaMilk adalah sejenis ‘milk-booster’ berperisa vanilla yang diformulasikan daripada 4 kandungan utama iaitu Omega 3, Kolagen Ikan, Apricot dan Delima, serta Madu. Kandungan VitaMilk ini mampu meningkatkan susu ibu di samping mengekalkan kesihatan yang baik bagi ibu yang menyusu. Ia juga sesuai diambil oleh ibu yang mengandung dan sedang berpantang. VitaMilk ini tidak mengandungi susu. Cara pengambilannya mudah sahaja iaitu ia tidak perlu dibancuh tetapi hanya terus dituang ke dalam mulut dan ditelan.

4. Ummie Milky Rich

Ummie Milky Rich adalah minuman pra-campuran coklat yang dirumuskan dengan makanan-makanan sunnah serta makanan-makanan yang terkenal mampu menggalakkan penghasilan susu. Antara ramuan dalam minuman ini ialah madu, kurma, habbatussauda, kismis, delima dan ekstrak halba. Ummie Milky Rich mempunyai rasa coklat bersusu yang sedap tanpa rasa hamis. Cara penyediaannya juga mudah iaitu hanya perlu dibancuh dengan 150-180 ml air suam.

5. Maryam Hot Chocolate


Maryam Hot Chocolate adalah formulasi susu coklat yang diperkayakan dengan ramuan semulajadi yang mampu menambahkan kualiti dan kuantiti susu ibu di samping menambahkan tenaga untuk ibu menyusu. Ramuan semulajadi yang terdapat dalam Maryam Hot Chocolate antaranya ialah susu kambing, madu, kurma, Arabic gum, buah tin, malt dan coklat. Maryam Hot Chocolate menggunakan ‘stevia’ sebagai pengganti gula. Minuman ini kaya dengan rasa coklat yang mampu menghilangkan rasa loya. Ia perlu diambil sebelum sarapan dan sebelum tidur.

6. Momma Pregolact

MOMMA Pregolact adalah ‘milk-booster’ yang juga menjadikan ibu kekal cantik, sihat dan bertenaga. MOMMA Pregolact juga mengandungi Omega 3 yang penting untuk perkembangan otak bayi. Selain itu, ia juga kaya dengan makanan-makanan penggalak susu ibu seperti kurma, madu, zaitun, susu kambing, buah tin, delima, saffron dan habbatussauda. Ia mempunyai 2 pilihan perisa iaitu Vanilla Bliss dan Coklat. MOMMA Pregolact ini dapat memenuhi keperluan ibu hamil dan ibu menyusu.

7. Moeder


Moeder juga sejenis ‘milk-booster’ yang menawarkan pelbagai khasiat khusus kepada ibu menyusu dan bayi serta ibu mengandung. Terdapat 17 ramuan penting yang diformulasikan dalam Moeder. Antara bahan-bahan tersebut ialah susu kambing, madu, kurma, habbatussauda, buah tin dan Arabic gum. Selain itu, Moeder juga mengandungi ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, brokoli, lobak, betik, anggur dan aloe vera. Moeder juga berperisa vanila dan menggunakan ‘stevia’ sebagai pengganti gula. Penyediaan Moeder adalah dengan dibancuh ke dalam segelas air suam.

8. Umma Lacto


Umma Lacto ini memberi khasiat memperbanyakkan susu ibu dan mampu memberikan rasa kenyang kepada ibu menyusu. Umma Lacto juga dirumuskan dengan bahan-bahan penggalak susu ibu semulajadi seperti susu kambing, susu skim, kurma, madu, halia, alfalfa, kismis, halba, spirulina, kacang soya, habbatussauda, beras perang, dan bawang putih. Umma Lacto hanya perlu dibancuhkan ke dalam segelas air sejuk dan diminum ketika perut kosong.

9. Mamom


MaMom adalah tablet kunyah yang bertindak sebagai ‘milk-booster’ kerana mengandungi kurma, madu, habbatussauda, susu kambing, ekstrak alfalfa dan spirulina yang berfungsi menggalakkan penghasilan susu ibu. MaMom boleh diambil semasa perut kosong sebanyak 2-3 tablet sehari. MaMom juga mempunyai perisa vanila.

10. Milk Nutrix


Milk Nutrix juga adalah tablet kunyah yang dirumuskan khas untuk mengatasi masalah susu ibu yang kurang dan cair di kalangan ibu yang baru melahirkan anak. Milk Nutrix mempunyai kandungan herba kacip Fatimah, manjakani dan Pueraria Mirifica yang bagus untuk kesihatan wanita terutamanya ketika sedang berpantang. Fungsi lain Milk Nutrix adalah memberi tenaga tambahan kepada si ibu dan mengelakkan risiko penyakit barah. Milk Nutrix boleh menambahkan kuantiti susu ibu dalam tempoh 2 jam selepas ibu mengunyah tablet Milk Nutrix.


Secara kesimpulannya.


Setiap produk ini mempunyai kandungan rumusan yang berbeza. Ibu-ibu boleh memilih produk yang manakah paling sesuai untuk ibu amalkan. Dengan adanya produk-produk ini, ibu-ibu tidak perlu lagi bersusah-payah mencari dan menyediakan hidangan yang mengandungi bahan ‘galactagouge’ sebaliknya hanya perlu mengamalkan produk ‘milkbooster’ ini.


Keberkesanan produk-produk ini adalah bergantung kepada setiap individu. Ibu-ibu boleh mencuba satu produk untuk mendapatkan keserasian dengan produk. Jika tidak serasi dengan produk tersebut, ibu boleh mencuba produk-produk lain yang terdapat di pasaran.


Pengamalan produk-produk ini baik untuk ibu-ibu kerana selain membantu masalah kekurangan susu, produk-produk ini juga mempunyai banyak manfaat yang lain kepada ibu dan juga bayi. Ibu-ibu buatlah pilihan yang bijak iaitu yang sesuai dengan keperluan ibu dan juga bayi. Jadi, Produk MilkBooster Popular di Malaysia adalah?

Mana satu menjadi pilihan anda? Sekarang masa anda pula untuk berkongsi, sila komen di ruangan komen dibawah.