JBH2TsVjTX0cvgHzuQHpvcCayA1mvhG9Cgb0xBU6Fs93x3woxtGov3DhFtCqGXUpw3ThCcV2uQP3Kg94JMCqCXUaGNSaGNScJdrhCATjvAq9CgH1whDfvhLXv2rpwcCaTgfmvW1sxQrfJMDov256TRDpCd48wAZ0uWVeJMDHGNOaH0arSs0oHcUqFNYaFdKnGMUrws40CXYaGMUruXY0GW43HXKqGterGXKqHdw4GXG0Ss42CXUaGM0oHWUrFNZtFM40FNYnGM0rye0rHMUsMXZdFM42CXUnGMUoHW0rCXZtFdKaGMUrCXZiGNLdFdSaGWUrFM40CXYnGRGnFdKnGM0rFNZ6NNY1CXYsMXZdFM42CXUnGMUoHW0rCXZtFdKaGMUrCXZiGNLdFdSaGWUrFM40CXYnGRGnFdKnGM0rFNZ6Cc8+JW9hJdqpw3ThJai=Tambah Susu Badan dengan Pantas | Makanan Penggalak Susu

5 Makanan Penggalak Susu (MilkBooster) Yang Paling Popular Di Kalangan Para Ibu Di Malaysia

by Siti

Makanan Penggalak Susu atau lebih dikenali dengan Milkbooster boleh dicari dan digunakan secara semulajadi tanpa perlu mengambil sebarang bentuk produk atau supplemen milkbooster. Artikel ini kami kongsikan bagaimana untuk ibu yang mahukan 5 contoh makanan yang boleh dimakan secara semulajadi tanpa perlu berbelanja wang ringgit. Ini khas hanya di Malaysia!


Kami juga tahu, setiap wanita yang bergelar ibu seperti anda pastinya mempunyai kebolehan secara semulajadi untuk menghasilkan susu ibu. Ia merupakan satu anugerah yang istimewa daripada Tuhan kepada semua ibu.


Susu ibu kan mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan yang tersendiri terutamanya kepada anak yang menyusu termasuklah ibunya. BETUL?


Anak-anak yang diberikan susu ibu akan membesar secara lebih sihat dan mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap masalah-masalah kesihatan berbanding anak-anak yang diberikan susu formula.


Ibu-ibu yang menyusukan anak pula turut mendapat kebaikan daripada sudut kesihatan terutamanya dalam proses pengecutan rahim dan pengawalan berat badan selepas bersalin.


Hubungan erat yang terjalin antara ibu dan anak semasa proses penyusuan juga adalah salah satu kelebihan penyusuan susu ibu.


Penyusuan susu ibu secara ekslusif hendaklah diberikan kepada bayi yang baru lahir sehingga umurnya 6 bulan.


Selepas itu, makanan pelengkap harus diperkenalkan dan diberikan kepada bayi. Namun, penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan sehingga anak berumur 2 tahun.


Walaupun sedar akan kepentingan susu ibu, sesetengah ibu menghadapi kesukaran untuk menyusukan anak dengan susu ibu kerana masalah kekurangan susu badan.


Masalah kekurangan susu badan ini boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor yang tertentu seperti perubahan hormon, tekanan persekitaran, ibu kembali bekerja, pemakanan yang tidak seimbang serta pengambilan pil perancang.


Di Malaysia, makanan-makanan berikut adalah popular di kalangan ibu-ibu yang mahu menambah kuantiti dan meningkatkan kualiti susu ibu yang dihasilkan.


Makanan-makanan ini mempunyai ciri-ciri ‘galactagogue’ iaitu mampu merangsang penghasilan susu ibu secara semulajadi.


5 Makanan Penggalak Susu Ibu secara semulajadi


1. Kurma


Kurma amat sesuai diamalkan oleh ibu yang menyusukan anak. Kurma mempunyai kandungan kalsium dan zat besi yang sangat tinggi. Selain dapat menambah susu badan, kurma juga bagus untuk memberikan tenaga kepada ibu. Kurma boleh dimakan secara terus mahupun dibuat jus untuk diminum sebagai ‘milkbooster’ pada setiap waktu pagi dan petang. Kurma juga sedap dikisarkan bersama susu segar.


2. Habatussauda (Jintan Hitam)


Habatussauda digunakan sebagai ‘milk-booster’ dengan meminum air rebusannya. Boleh diamalkan 2 hingga 3 kali seminggu. Sifat semulajadi Habatussauda yang memberi haba dan memanaskan badan dapat melancarkan penghasilan susu ibu.


3. Halba


Halba juga digunakan sebagai milkbooster dengan merendam 1-2 sudu besar halba ke dalam segelas air panas. Kemudian, airnya diminum setelah disejukkan. Selain menambah penghasilan susu, halba juga membantu melancarkan proses penghadaman. Air halba boleh diminum setiap hari.


4. Lobak Putih


Lobak putih amat terkenal dalam meningkatkan penghasilan susu ibu dengan berkesan. Kebiasaannya, lobak putih dibuat sup sayur sebagai menu ibu berpantang. Amalan memakan sup lobak putih ketika berpantang telah diwarisi turun-temurun kerana dipercayai boleh memperbanyakkan susu ibu.


5. Jantung Pisang


Jantung pisang sangat kaya dengan mineral, vitamin, kalsium dan zat besi. Jantung pisang boleh direbus untuk dimakan sebagai ulam, dimasak lemak atau dibuat kerabu. Ramai ibu yang mampu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan menjadikan jantung pisang menu harian mereka.


Makanan-makanan yang tersenarai ini adalah paling popular kerana mudah didapati dan terbukti berkesan menggalakkan penghasilan susu ibu.


Justeru, ibu menyusu yang mempunyai masalah kurang penghasilan susu boleh cuba mengamalkan makanan-makanan ini sebagai usaha untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.


Di samping itu, amalkan pemakanan yang seimbang dan minum banyak air masak yang secukupnya untuk merangsang penghasilan susu ibu.


Adakah semua makanan ini sesuai untuk diambil para ibu di Malaysia? Kongsikan pendapat anda diruangan komen dibawah.