JBH2TsVjTX0cvgHzuQHpvcCayA1mvhG9Cgb0xBU6Fs93x3woxtGov3DhFtCqGXUpw3ThCcV2uQP3Kg94JMCqCXUaGNSaGNScJdrhCATjvAq9CgH1whDfvhLXv2rpwcCaTgfmvW1sxQrfJMDov256TRDpCd48wAZ0uWVeJMDHGNOaH0arSs0oHcUqFNYaFdKnGMUrws40CXYaGMUruXY0GW43HXKqGterGXKqHdw4GXG0Ss42CXUaGM0oHWUrFNZtFM40FNYnGM0rye0rHMUsMXZdFM42CXUnGMUoHW0rCXZtFdKaGMUrCXZiGNLdFdSaGWUrFM40CXYnGRGnFdKnGM0rFNZ6NNY1CXYsMXZdFM42CXUnGMUoHW0rCXZtFdKaGMUrCXZiGNLdFdSaGWUrFM40CXYnGRGnFdKnGM0rFNZ6Cc8+JW9hJdqpw3ThJai=Tambah Susu Badan dengan Pantas | 7 Langkah Persediaan Penyusuan Susu Ibu

7 Langkah Persediaan Penyusuan Susu Ibu Sebelum Menimang Cahaya Mata. Bakal Ibu Mesti Tahu!

by Siti

Sudah bersedia ke mahu menerima cahaya mata yang pertama? Anak lelaki ke atau anak perempuan? Kami memahami kerisauan anda bagaimana mahu buat persediaan, jadi biar kami bantu senaraikan 7 langkah persediaan penyusuan susu ibu sebelum anda bersalin. Kalau setiap satu persediaan ini belum lagi dibuat, sila buat hari ini.


Bukan apa, kerana kami sangat memahami untuk menyusu anak sehingga 2 tahun bukan perkara mudah, tetapi ianya perlukan persediaan yang cukup sebelum anda bersalin lagi.


Kami juga memahami setiap ibu yang hamil sudah tentu berasa teruja untuk menerima kehadiran cahaya mata yang bakal mewarnai kehidupan setelah berumah-tangga.


Pelbagai persiapan yang dilakukan terutamanya membeli barang-barang keperluan bayi seperti pakaian, tempat tidur, alat mainan dan sebagainya. Namun begitu, satu perkara yang juga tidak boleh dipandang remeh oleh ibu ialah persediaan penyusuan susu ibu kepada bayi.


Bayi yang baru lahir hanya bergantung kepada susu untuk membesar. Ibu-ibu mempunyai pilihan sama ada untuk memberikan bayi susu ibu atau susu formula.


Walaupun begitu, penyusuan susu ibu amatlah digalakkan kerana mempunyai banyak manfaat kepada bayi yang baru lahir. Kebanyakan hospital dan wad bersalin juga menyokong penuh penyusuan susu ibu.


Sebolehnya si ibu seperti anda haruslah mempunyai keinginan untuk memberikan bayi minum susu ibu yang banyak khasiatnya seawal sejurus kelahirannya sehinggalah usia bayi 2 tahun.


Di sini kami senaraikan 7 langkah persediaan untuk menyusukan bayi yang boleh dilakukan oleh ibu hamil sementara menunggu ketibaan cahaya mata baru.

1. Tanamkan Niat Dan Azam Untuk Menyusukan Bayi Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Dan Teruskan Sehingga 2 Tahun.

Ibu hamil perlu sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri dan sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa dirinya mampu menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayinya.


2. Berbincang Dengan Suami Untuk Mendapakan Sokongan Bagi Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi.

Beritahu suami hasrat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu agar si suami boleh memberikan bantuan dan semangat untuk menyusukan bayi kelak. Fahamkan suami mengenai kepentingan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Pasti si dia teruja dan mahu memberikan sokongan 100%!


3. Pilih Doktor Dan Hospital Untuk Bersalin Yang Menyokong Penuh Penyusuan Susu Ibu.

Kebanyakan hospital dan wad bersalin menyokong penuh penyusuan susu ibu terutamanya hospital-hospital kerajaan. Pilihlah untuk bersalin di hospital yang mesra penyusuan susu ibu kerana para doktor dan jururawat di situ akan membantu ibu-ibu memberikan susu ibu kepada bayi mereka.


4. Sertai Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Untuk Mendapatkan Info-Info Berkenaan Penyusuan Susu Ibu.

Semasa hamil, ibu-ibu boleh mengumpul ilmu penyusuan bayi daripada kumpulan-kumpulan sokongan yang berada di sekitar ibu hamil mahupun yang terdapat di laman sosial. Banyak pengalaman penyusuan susu ibu yang dikongsi dalam kumpulan-kumpulan sokongan ini terutamanya daripada golongan ibu yang bekerjaya yang mahu melengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun.

Sudah tentu banyak perkongsian dugaan dan masalah yang dihadapi sepanjang proses penyusuan bayi dan mereka pasti turut berkongsi cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.


5. Lengkapi Diri Dengan Ilmu Berkenaan Langkah-Langkah Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu Terutamanya Konsep ‘Supply & Demand’ Dalam Penyusuan Bayi.

Ibu-ibu harus mempersiapkan diri dengan ilmu untuk mengatasi masalah kekurangan air susu ibu ketika di awal kelahiran, semasa tempoh berpantang serta setelah kembali bekerja. Adalah mustahak untuk ibu-ibu memahami konsep ‘supply & demand’ di mana ibu-ibu perlu kerap memberikan bayi minum susu dengan cara diberi terus secara langsung kepada bayi atau secara perahan (dipam) untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.


6. Sediakan Keperluan Yang Sesuai Dan Lengkap Untuk Penyusuan Susu Ibu.

Bagi ibu yang bekerjaya, susu ibu perlu diperah dengan kerap walaupun di tempat kerja atau pada waktu tengah malam untuk menghasilkan stok susu ibu perahan. Antara keperluan yang perlu disediakan ialah mesin pengepam susu, beg atau botol untuk menyimpan susu ibu, ‘cooler bag’, botol susu bayi, alat pencuci botol susu bayi dan sabun pencuci khas untuk mencuci botol susu bayi.


7. Cari Pengasuh Dan Taska Yang Mesra Dengan Pengurusan Susu Ibu.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerjaya, sokongan daripada pengasuh juga diperlukan. Oleh itu, pilihlah taska pengasuh yang boleh dan mempunyai pengetahuan yang baik untuk menguruskan simpanan susu ibu perahan yang dibekalkan oleh ibu untuk bayi ketika ibu pergi bekerja.


Jika anda ditempat ramai ibu sekarang, apakah satu tips yang mahu dikongsikan? Sila kongsikan di ruangan komen dibawah.