12 Makanan Berkhasiat yang wajib dimakan ketika Berpantang

Cover Makanan Berkhasiat Berpantang

Ramai ibu yang sedang berpantang bertanya kepada kami di Facebook, ada tak makanan berkhasiat yang boleh dimakan ketika berpantang? dan yang paling penting boleh membantu ibu berpantang sembuh dan kembali seperti sebelum bersalin.

Jadi kami tulis satu artikel khusus berkongsi kepada anda 12 Makanan Berkhasiat yang wajib dimakan ketika berpantang. Untuk memahami setiap satu, kami sarankan andabaca sampai habis kalau berminat untuk tahu setiap satu khasiat.

Dan tolong bantu juga kongsikan kepada ibu-ibu berpantang yang lain.

12 makanan berkhasiat untuk ibu berpantang

Senarai 12 Makanan Berkhasiat.

1. Kunyit
2. Delima
3. Buah Pala
4. Halba
5. Asam Jawa
6. Daun Sirih
7. Habbatussauda
8. Mengkudu
9. Manjakani
10. Kayu Manis
11. Halia
12. Madu

Khasiat setiap satu makanan berikut

Khasiat Kunyit

khasiat kunyit jus mawar

Kunyit dapat membantu detoksifikasi dalam tubuh dan mengawal berat badan serta dapat menyembuhkan jangkitan tekak dan jangkitan pada kulit.

Khasiat Delima

khasiat delima jus mawar

Menstabilkan paras kolestrol dalam badan dan mempunyai antioksidan yang tinggi dalam badan serta dapat melawan penyakit jantung, menguat pertahanan badan serta mengurangkan risiko kencing manis, mengelak kanser kalenjar porstat dan melawan kanser payudara.

Khasiat Buah Pala

khasiat buah pala jus mawar

Menghilangkan Masuk Angin, Menghilangkan Imsomnia, Menambah Nafsu Makan, Melancarkan Penghadaman, Merawat Rasa Sakit, Menyihatkan Otak, Menjaga Kesihatan Mulut, Mencegah Leukimia, Menyihatkan Kulit, Melancarkan Peredaran Darah, Meningkatkan Sistem Imun Badan, Merawat Diabetes, Mewujudkan Mata Sihat, Merawat Sakit Gigi dan Jangkitan Gusi , Menghasilkan Tenaga, Menghilangkan Stress dan Menghilangkan Bau Badan.

Khasiat Halba

khasiat halba jus mawar

Halba membantu untuk mengalakkan aliran susu badan kerana mengandungi phytoestrogens iaitu seakan sama dengan hormon wanita. Halba boleh bantu masalah sengugut dan membantu diabetes bertindak sebagai julap (laxative) sesuai mereka mempunyai masalah sembelit. Mampu mengurangkan demam dan sakit tekak iaitu dengan meminum air rebusan halba boleh kurangkan keradangan ataupun bengkak pada kulit.

Khasiat Asam Jawa

khasiat asam jawa jus mawar

Asam Jawa dapat merawat disentri ubat penyakit difteria, mengatasi demam selepas nifas, merawat ekzema, mengatasi darah rendah. Merawat buasir, kurangkan demam bayi kurangkan kolesterol, merawat kesakitan haid, merawat asma, merawat bisul mengubat sakit perut, merawat ulser dan merawat keputihan.

Khasiat Daun Sirih

khasiat daun sirih jus mawar

Mengubati keputihan, menghilangkan gatal pada organ intim, mengawal lendir, membuat organ intim harum, mengetatkan otot faraj, mengesatkan faraj, Menghilangkan Jerawat, Menghilangkan Bau Badan, Melancarkan haid, mengatasi Kram, Menghilangkan Bau Amis, dan Mencegah Sel Kanser.

Khasiat Habbatussauda

khasiat habbatussauda jus mawar

Habbatussauda dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh serta meningkatkan daya ingat dan konsentrasi dan meningkatkan bioaktivitas hormon dapat meneutralkan racun dalam tubuh untuk mengatasi gangguan tidur dan stress. Anti histamin / anti alergi untuk memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteria melancarkan air susu ibu tambahan nutrisi pada ibu hamil dan kanak-kanak kecil. Anti tumor dan nutrisi bagi manusia.

Khasiat Mengkudu

khasiat mengkudu jus mawar

Meningkatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah / menurunkan darah tinggi, meningkatkan sistem daya tahan tubuh untuk melawan penyakit. Menghalang pertumbuhan sel-sel tumor / kanser serta antioksida dalam melawan radikal bebas dengan itu dapat menyegarkan badan membuat tidur selesa dan menormalkan kadar gula darah.

Khasiat Manjakani

khasiat manjakani jus mawar

Manjakani dapat mengembalikan keanjalan organ kewanitaan, menghilangkan bau tidak sedap, gatal dan gejala keputihan. Menyeimbangkan pH asam organ kewanitaan, mengurangkan cecair berlebihan serta mengatasi faraj yang kering, meningkatkan kadar hormom estrogen dan membersihkan rahim selepas bersalin atau haid.

Khasiat Kayu Manis

khasiat kayu manis jus mawar

Kayu manis dapat mengawal gula darah, Anti Jangkitan, meningkatkan fungsi otak, mengawal gula darah, kurangkan kolesterol, mencegah pertumbuhan sel kanser, mencegah penggumpalan darah dan meringankan sakit pesakit penyakit sendi.

Khasiat Halia

khasiat halia jus mawar

Halia dapat mengekalkan peredaran darah normal serta memulihkan mabuk dalam perjalanan. Selain itu meningkatkan penyerapan dan dapat mengurangkan ketidakselesaan perut dan kesakitan dan keredangan.

Khasiat Madu

khasiat madu jus mawar

Menambah tenaga dan ketahanan diri serta dapat mencegah pelbagai penyakit seperti lelah, darah tinggi, kencing manis, batuk dan lain-lain. Kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman dan zat galian serta Vitamin C dapat menguatkan dan menjaga kulit ibu dan janin.

Sekian, semoga bermanfaat. Tekan juga butang SHARE untuk kongsikan kepada rakan-rakan.

Giliran anda pula, Mari kita bincangkan sebentar di ruangan komen dibawah, adakah anda bersetuju dengan 12 makanan yang kami sarankan? atau ada cadangan lain?

BERITA BAIK! Komen terbaik dan terpantas akan mendapat JUS MAWAR bernilai RM99 secara PERCUMA (tertakluk kepada terma dan syarat)