5 Langkah Untuk Mengenal Pasti Keserasian Antara Ibu Menyusu Dengan Produk ‘Milkbooster’. Ini Tanda-Tanda Yang Ibu Menyusu Perlu Ambil Tahu!

Cover Keserasian Ibu

 

Mahu kenal pasti Keserasian Milkbooster? Ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata kebanyakannya mempunyai hasrat untuk menjayakan penyusuan susu ibu kepada anaknya yang tersayang. Namun begitu, adakalanya ibu-ibu berhadapan dengan suatu masalah yang biasa timbul di kalangan ibu menyusu iaitu penghasilan susu ibu semakin berkurangan dan susu yang dihasilkan tidak mengenyangkan bayi kerana sangat cair. Apabila masalah seperti ini dihadapi, ibu-ibu berkemungkinan memilih untuk mengamalkan produk ‘milkbooster’ yang berada di pasaran.

Walaubagaimanapun, tidak semua produk ‘milkbooster’ yang dipilih oleh ibu adalah bersesuaian dan serasi dengan ibu. Ibu-ibu perlu mengenal pasti sama ada produk ‘milkbooster’ pilihan ibu mampu untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu yang dihasilkan. Jika tidak, ibu menyusu perlu segera membuat keputusan untuk bertukar kepada produk-produk lain yang lebih serasi dengan ibu dan bayi.

Langkah kenal pasti keserasian milkbooster dan Ibu Menyusu

Ini adalah beberapa langkah untuk mengenal pasti keserasian antara ibu menyusu dengan produk ‘milkbooster’ yang dipilih.

1. Penghasilan Susu Ibu Melimpah Ruah Dalam Tempoh Masa Yang Singkat

Sudah tentu ibu-ibu mahukan penyelesaian yang pantas dan segera untuk masalah kekurangan susu ini. Jadi, sekiranya selepas seminggu mengamalkan sesuatu produk ‘milkbooster’ namun masih tiada perbezaan, itu adalah petanda ibu harus bertukar kepada produk ‘milkbooster’ yang lain. Sebaliknya, jika baru sekali atau dua kali mengamalkan produk, susu ibu sudah melimpah ruah, itu tandanya produk ‘milkbooster’ berkenaan amat sesuai dan berkesan untuk ibu.

2. Kepekatan Susu Ibu Bertambah Baik.

Selain daripada susu yang melimpah ruah, kepekatan susu ibu yang bertambah baik juga menandakan produk ‘milkbooster’ adalah sesuai dengan ibu. Produk ‘milkbooster’ yang baik bukan sahaja dapat menambahkan kuantiti susu ibu malah kualiti susu ibu juga menjadi semakin bagus.

3. Bayi Kelihatan Kenyang, Ceria Dan Tidak Meragam.

Apabila bayi mendapat susu ibu yang mencukupi, maka bayi tidak akan lagi meragam dan menunjukkan tanda-tanda kelaparan. Perubahan positif yang dilihat pada bayi juga boleh menjadi petanda keserasian ibu menyusu dengan produk ‘milkbooster’ yang dipilih. Jika bayi masih lagi meragam kerana kelaparan, ibu-ibu perlulah mencari produk ‘milkbooster’ yang lebih sesuai agar bayi tidak kelaparan lagi kerana tidak cukup minum susu ibu.

4. Bayi Boleh Tidur Lebih Lena Pada Waktu Malam.

Sekiranya ibu mendapati bayi kurang terjaga pada waktu malam untuk minum susu, itu petanda bayi telah mendapat kuantiti susu yang secukupnya. Ini bermakna produk ‘milkbooster’ yang diamalkan ibu adalah berkesan dan amat sesuai. Tetapi, jika bayi masih lagi terjaga berkali-kali pada waktu malam kerana kelaparan, ibu-ibu bolehlah bertukar kepada produk ‘milkbooster’ yang lebih serasi.

5. Mood Ibu Bertambah Baik Dan Tidak Stress.

Paling utama, sekiranya masalah kekurangan penghasilan susu ibu telah diatasi oleh pengambilan produk ‘milkbooster’, sudah tentu ibu tidak lagi merasakan stress dan mood ibu bertambah baik. Ibu juga tidak lagi berasa penat melayan kerenah bayi yang meragam disebabkan kelaparan. Jika masalah ibu dapat diatasi dengan pengambilan produk ‘milkbooster’ yang serasi, sudah tentu ibu akan merasa gembira.

Kesimpulannya, produk ‘milkbooster’ yang baik pastinya mampu mengatasi masalah kekurangan kualiti dan kuantiti susu ibu yang selalu dihadapi oleh ibu sepanjang tempoh penyusuan bayi iaitu sehingga 2 tahun. Jika produk ‘milkbooster’ yang diamalkan menyebabkan ibu-ibu mengalami tanda-tanda keserasian dengan produk ‘milkbooster’ seperti yang dinyatakan, maka pengambilan produk tersebut eloklah diteruskan.

Namun, jika sebaliknya, terdapat banyak lagi pilihan produk ‘milkbooster’ yang berada di pasaran yang mungkin lebih serasi dengan ibu seperti Jus Mawar. Untuk mendapatkan lebih maklumat berkaitan Jus Mawar, ibu-ibu boleh mengikuti artikel-artikel yang seterusnya.