Keistimewaan Jus Mawar Berbanding Produk ‘Milkbooster’ Lain Di Pasaran. Ibu Menyusu Pasti Tertarik!

Cover Keistimewaan Jus Mawar

 

Keistimewaan Jus Mawar? Ramai ibu yang bercita-cita untuk menjayakan penyusuan eksklusif susu ibu kepada anaknya mengalami dilema apabila berhadapan dengan masalah kekurangan susu ibu. Pelbagai kaedah yang telah diusahakan namun tidak juga mendatangkan hasil yang positif.

Namun ibu-ibu tidak boleh cepat berputus asa kerana kini di pasaran telah terdapat pelbagai pilihan produk ‘milkbooster’. Semua produk-produk ini diyakini dapat mengatasi masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh ibu menyusu.

Antara produk ‘milkbooster’ yang terbukti berkesan mampu menambahkan penghasilan susu ibu adalah Jus Mawar. Keistimewaan Jus Mawar berbanding produk-produk ‘milkbooster’ lain di pasaran adalah terletak pada fungsinya yang tidak terhad sebagai ‘milkbooster’ sahaja.

Jus Mawar juga boleh menambahkan kepekatan susu ibu, menjadikan ibu kembali langsing selepas bersalin dan merupakan minuman tambahan yang sangat sesuai diamalkan semasa berpantang.

Keistimewaan Jus Mawar - risau susu badan tak cukup tambahsusubadan

Meningkatkan Kuantiti Dan Kualiti Susu Ibu

Jus Mawar ini dirumus dengan 12 kandungan ramuan dan herba yang terpilih. Ekstrak halba, madu dan habbatussauda yang terdapat di dalam Jus Mawar penting untuk menambahkan penghasilan dan melancarkan pengeluaran susu ibu.

Kesan peningkatan kuantiti susu ibu dapat dikesan seawal 4 hari! Namun begitu, ia mungkin berbeza bergantung pada tahap metabolisma tubuh setiap individu. Selain penghasilan susu ibu yang melimpah-ruah, kualiti susu ibu yang dihasilkan juga adalah lebih pekat. Susu yang lebih pekat akan lebih cepat mengenyangkan bayi lalu menyebabkan bayi sentiasa ceria dan tidak meragam.

Testimoni susu ibu semakin banyak dan pekat.

Testimoni Jus Mawar - Susu dah banyak dan pekat tambahsusubadan

Menjadikan Ibu Langsing Kembali Selepas Bersalin

Di samping menambahkan kuantiti dan meningkatkan kepekatan susu ibu, Jus Mawar juga sesuai bagi ibu yang ingin kembali langsing selepas melahirkan anak. Kenaikan berat ibu yang mendadak semasa hamil mungkin menyebabkan ibu risau jika tidak dapat kembali kepada bentuk badan yang ideal seperti sebelum hamil. Dengan mengamalkan Jus Mawar, ia dapat membantu ibu yang menyusukan anak untuk kembali langsing dalam masa yang lebih cepat.

ramping semasa berpantang tambah susu badan Keistimewaan Jus Mawar

Minuman Sampingan Khusus Semasa Berpantang

Jus Mawar adalah jus yang sesuai diambil oleh ibu ketika berpantang. Jus ini mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan rahim serta menyembuhkan luka bersalin sama ada secara semulajadi mahupun secara pembedahan. Kandungan manjakani, daun sirih dan mengkudu yang terdapat di dalam ramuan Jus Mawar ini sangat sesuai untuk kaum wanita yang mementingkan kesihatan luaran dan dalaman lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak.

Ibu dalam pantang senang mengamalkan jus ini kerana ia tidak mempunyai rasa yang pahit atau meloyakan. Jus ini mempunyai rasa masam-masam manis gabungan madu, delima dan asam jawa. Jus Mawar boleh mula diambil sehari selepas bersalin dan seeloknya terus diamalkan sehingga habis tempoh berpantang.

Oleh itu, tidak hairanlah kenapa Jus Mawar merupakan salah satu pilihan ibu-ibu menyusu untuk diamalkan ketika dalam tempoh berpantang. Ramuannya yang terpilih sangat bagus buat ibu-ibu yang mahu mengatasi masalah kekurangan susu di samping mendapat pelbagai lagi manfaat lain. Keistimewaan Jus Mawar.