7 Cara Penyimpanan Susu Ibu Perahan. Ibu Menyusu Harus Peka!

Cover Penyimpanan Susu

Bagaimana Cara Penyimpanan Susu Ibu Perahan yang betul dan sesuai untuk ibu berkerjaya seperti anda? Ibu-ibu bekerjaya yang berhasrat untuk meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayinya berusia 2 tahun haruslah peka mengenai cara yang betul untuk menyimpan susu ibu perahan.

Ini untuk memastikan susu ibu yang diperah tahan lama dan selamat untuk diminum oleh bayi. Walaubagaimanapun, terdapat garis panduan mengenai tempoh maksimum susu ibu perahan boleh disimpan dalam 7 cara yang berbeza. Anda boleh cuba mengikut keadaan anda sendiri (tidak perlu ikut 100% apa yang kami kongsikan di sini)

Suhu Bilik (25°C-37°C)

Susu ibu yang diperah tetapi tidak terus disimpan di dalam peti sejuk dan berada dalam keadaan biasa (bilik tidak berhawa dingin), mampu bertahan sehingga 4 jam sama ada kepada bayi sihat mahupun bayi pramatang.

Bilik Berhawa Dingin (15°C-25°C)

Sekiranya susu ibu diperah dan diletakkan di dalam bilik yang berhawa dingin, ibu boleh memberikan susu ibu perahan tersebut kepada bayi sihat dalam tempoh 8 jam. Manakala untuk bayi pramatang, susu ibu perahan tersebut hendaklah diberikan kepada bayi tidak lebih daripada tempoh 4 jam.

‘Cooler Bag’ dengan Ais (<15°C)

Susu ibu perahan yang disimpan di dalam ‘cooler bag’ mampu bertahan sehingga 24 jam untuk bayi sihat tetapi hanya boleh bertahan selama 4 jam untuk bayi pramatang.

Peti Sejuk Tempat Pendingin (2°C-4°C)

Susu ibu yang diperah dan disimpan di tempat pendingin (rak atas) di dalam peti sejuk harus diberikan kepada bayi dalam tempoh selewat-lewatnya 8 hari untuk bayi sihat. Bagi bayi pramatang, pastikan susu ibu perahan hanya disimpan maksimum selama 48 jam.

Peti Sejuk 1 Pintu

Susu ibu perahan yang dibekukan di dalam peti ais 1 pintu boleh bertahan sehingga 2 minggu baik kepada bayi sihat mahupun bayi pramatang.

Peti Sejuk 2 Pintu (<-20°C)

Susu ibu perahan yang dibekukan di dalam peti ais 2 pintu boleh bertahan sehingga 3 bulan baik kepada bayi sihat mahupun bayi pramatang.

Peti Sejuk Beku ‘Deep Freezer’

Susu ibu yang disimpan di dalam ‘deep freezer’ boleh bertahan sehingga 6 bulan untuk bayi sihat. Tetapi jika untuk diberikan kepada bayi pramatang, pastikan susu ibu disimpan di dalam ‘deep freezer’ tidak melebihi tempoh 3 bulan.

Ringkasan Penyimpanan Susu Ibu Perahan.

Ringkasan mengenai tempoh maksimum penyimpanan susu ibu perahan adalah seperti di dalam jadual berikut:

Cara Penyimpanan Bayi Sihat Bayi Pramatang
1. Suhu Bilik (25°C-37°C) 4 Jam 4 Jam
2. Bilik Berhawa Dingin (15°C-25°C) 8 Jam 4 Jam
3. ‘Cooler Bag’ dengan Ais  (<15°C) 24 Jam 4 Jam
4. Peti Sejuk Tempat Pendingin (2°C-4°C) < 8 hari 48 Jam
5. Peti Sejuk 1 Pintu 2 Minggu 2 Minggu
6. Peti Sejuk 2 Pintu (<-20°C) 3 Bulan 3 Bulan
7. Peti Sejuk Beku ‘Deep Freezer’ 6 Bulan 3 Bulan

 

Untuk makluman para ibu, susu ibu yang diperah mestilah disimpan di dalam bekas simpanan yang bersih dan sesuai serta hendaklah dilabelkan dengan nama bayi, tarikh dan masa perahan. Susu ibu perahan hendaklah disejukkan pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam ‘cooler bag’, peti sejuk atau ‘deep freezer’.

Susu yang telah dinyahbekukan hanya boleh diminum dalam tempoh 24 jam oleh bayi sihat dan dalam tempoh 12 jam oleh bayi pramatang. Susu yang telah dinyahbekukan tidak boleh disejuk-bekukan semula.

Jadi, mana satu antara cara ini menjadi pilihan anda untuk menyimpan susu ibu? Kongsikan di ruangan komen dibawah sekarang.

BERITA BAIK! Komen terbaik dan terpantas akan mendapat JUS MAWAR bernilai RM99 secara PERCUMA (tertakluk kepada terma dan syarat)