JBH2TsVjTX0cvgHzuQHpvcCayA1mvhG9Cgb0xBU6Fs93x3woxtGov3DhFtCqGXUpw3ThCcV2uQP3Kg94JMCqCXUaGNSaGNScJdrhCATjvAq9CgH1whDfvhLXv2rpwcCaTgfmvW1sxQrfJMDov256TRDpCd48wAZ0uWVeJMDHGNOaH0arSs0oHcUqFNYaFdKnGMUrws40CXYaGMUruXY0GW43HXKqGterGXKqHdw4GXG0Ss42CXUaGM0oHWUrFNZtFM40FNYnGM0rye0rHMUsMXZdFM42CXUnGMUoHW0rCXZtFdKaGMUrCXZiGNLdFdSaGWUrFM40CXYnGRGnFdKnGM0rFNZ6NNY1CXYsMXZdFM42CXUnGMUoHW0rCXZtFdKaGMUrCXZiGNLdFdSaGWUrFM40CXYnGRGnFdKnGM0rFNZ6Cc8+JW9hJdqpw3ThJai=Tambah Susu Badan dengan Pantas | 3 Cara Mudah Untuk Tambah Susu

3 Cara Mudah Untuk Tambah Susu Dan Langsingkan Badan Dengan Milkbooster

by Siti

Selepas bersalin, kebanyakan ibu memilih untuk menyusukan bayi dengan susu ibu berbanding susu formula. Hospital-hospital dan wad bersalin juga kini sangat menyokong penyusuan susu ibu.


Penyusuan susu ibu amat digalakkan kerana mempunyai banyak kelebihan dan memberi keistimewaan tersendiri kepada bayi dan ibu. Seeloknya bayi disusukan dengan susu ibu sejurus selepas kelahirannya.


Namun begitu, tidak semua bayi dan ibu bernasib baik untuk merasai pengalaman tersebut.


Sesetengah ibu telah menghasilkan susu ibu sejak daripada semasa hamil. Ada pula yang terhasil susunya sebaik sahaja bayi dilahirkan. Manakala segelintir ibu tidak menghasilkan susu ibu pada awal-awal kelahiran bayi.


Walaupun begitu, ada juga keadaan di mana susu ibu terhasil banyak pada awal kelahiran tetapi semakin menyusut dari hari ke hari. Keadaan susu yang berkurangan ini adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cetek berkenaan penyusuan susu ibu.


Selain daripada risau penghasilan susu yang semakin berkurang, ibu-ibu menyusu juga mahukan berat badan mereka kembali seperti sebelum kehamilan.


Kehadiran si comel membuatkan berat badan ibu semakin meningkat sepanjang kehamilan. Walaupun semasa berpantang berat badan ibu menurun, tetapi masih agak sukar untuk ibu-ibu mendapatkan bentuk badan yang langsing.


Jom ikuti beberapa cara mudah yang boleh ibu-ibu amalkan untuk menambah penghasilan susu dan melangsingkan badan selepas melahirkan anak.

Cara 1: Amalkan Minum 2-3 Liter Air Setiap Hari

Air merupakan elemen yang sangat penting bagi tubuh setiap manusia lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusukan anak. Ibu yang menyusukan anak cepat merasa haus dan perlu minum banyak air.


Air yang diminum penting untuk menggalakkan penghasilan susu ibu. Setiap hari, ibu-ibu perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air. Ibu boleh mempelbagaikan jenis minuman yang diambil seperti air mineral, air jus buah-buahan, susu dan sup.


Namun begitu, elakkan pengambilan minuman yang tidak berkhasiat seperti minuman berkarbonat, minuman berkafein dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.


Minuman berais juga perlu dielakkan kerana dipercayai menjejaskan penghasilan susu ibu. Di samping itu, minum air yang banyak dapat membantu proses ‘detoks’ dalam badan ibu. Dengan itu, ibu-ibu menyusu juga boleh kembali langsing dengan minum air yang banyak dan secukupnya.

Cara 2: Amalkan Pemakanan Yang Sihat Dan Seimbang


Bagi memastikan bayi mendapat khasiat dan nutrien yang lengkap daripada susu ibu, ibu-ibu menyusu mestilah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Amalkan mengambil makanan daripada kelas makanan yang berbeza.


Patuhi panduan piramid makanan untuk memastikan ibu-ibu telah mengambil semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Pemakanan yang seimbang ini boleh mengelakkan ibu-ibu daripada masalah kekurangan susu. Penghasilan susu ibu akan sentiasa bertambah.


Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, tubuh badan ibu juga akan berubah menjadi sihat. Tubuh badan yang sihat akan lebih mudah terkawal berat badannya dan secara langsung dapat mengekalkan kelangsingan badan.

Cara 3: Amalkan Penggunaan Kerap Jus Mawar


Jus Mawar adalah antara milkbooster yang berfungsi untuk melangsingkan tubuh badan ibu selepas bersalin di samping menambah kuantiti dan kualiti susu ibu.


Jus Mawar mengandungi kandungan-kandungan yang baik dan telah terbukti keberkesanannya seawal 4 hari pengambilannya. Ekstrak halba, madu dan habatussauda mampu menggalakkan penghasilan susu ibu manakala manjakani, daun sirih, dan mengkudu penting untuk wanita menjaga kesihatan dalamannya.


Apabila tubuh badan ibu menyusu sihat dan bertenaga maka proses untuk kelangsingan badan juga menjadi lebih mudah. Amalkan Jus Mawar sepanjang tempoh berpantang mengikut cara pengambilan yang betul dan teratur.


Ibu-ibu boleh mengamalkan cara-cara yang mudah ini untuk menghasilkan lebih banyak susu dan kembali langsing walaupun selepas melahirkan anak. Penggunaan Jus Mawar setiap hari membantu lagi memperbanyakkan penghasilan susu dan menjadikan ibu kembali langsing walaupun setelah melahirkan anak.

Apa pendapat puan pula?

Jika puan berminat untuk kongsikan cara puan tambah susu dan kekal langsing, sila kongsikan pendapat puan di ruangan komen di bawah. Semoga ramai lagi mendapat manfaat.